Info Terkini :-

Jawatan Kosong Di Amstrong... Kekosongan Adalah Terhad!

Rabu, 23 Jun 2010


MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERTAMA
DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
YANG KEDUABELAS. TAHUN 2008
Soalan Bertulis No. 5w-9
Tarikh : 13 November 2008
ADUN : JSD EXCO
 : LHK Perkara : ADUN
Tajuk : Ahli JKKK

Soalan

MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERTAMA
DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
YANG KEDUABELAS
13 NOVEMBER 2008
PERKARA : 4(B)(V)8 

SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN DATOK KERAMAT
Y.B. TUAN JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH 

8.         Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menjadikan beberapa          kampung Melayu,  Cina dan India di seluruh Negeri Pulau        Pinang untuk digazetkan sebagai kampung warisan.  Sekiranya ya,  sila nyatakan nama kampung-kampung tersebut dan         sekiranya tidak,  sila nyatakan mengapa.

Jawapan


Y.B. TUAN LAW HENG KIANG                                                MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
8.         Setakat ini,  Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mewartakan beberapa kampung tertentu sebagai kampung warisan tetapi hanya mempunyai dasar bagi kampung tradisi sahaja di bawah dasar DS33: PERKAMPUNGAN TRADISIONAL DAN PERKAMPUNGAN DALAM BANDAR AKAN DIKEKAL DAN PRASARANA DINAIKTARAF, Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 (RSNPP 2020).
            Rancangan Struktur Negeri telah menyenaraikan            perkampungan-perkampungan yang akan dikekalkan sebagai    perkampungan tradisional.  Senarai perkampungan yang            terlibat adalah seperti berikut:
            Bahagian Pulau
Kampung Seronok,  Kampung Sungai Rusa,  Kampung Teluk Bahang,  Kampung Nelayan Balik Pulau,  Kampung Sungai Batu,  Kampung Teluk Kumbar,  Kampung Masjid Teluk Kumbar,  Kampung Bukit Gemuroh,  Kampung Kongsi, Kampung Paya Teluk Kumbar,  Kampung Paya Kongsi, Kampung Titi Teras,  Kampung Perlis,  Kampung Pondok Upeh, Kampung Kuala Sungai Pinang, Kampung Pantai Acheh, Kampung Sungai Pinang, Kampung Kuala Jalan Bharu, Kampung Sungai Korok,  Kampung Bukit Bayan Lepas, Kampung Binjal,  Kampung Permatang Tepi Laut,  Kampung Genting,  dan Kampung Terang.
            Seberang Perai

Kampung Cheruk To'Kun,  Kampung Machang Bubuk,  Kampung Bukit Teh,  Kampung Junjong,  Kampung Alma, Kampung Baru,  Kampung Bukit Minyak,  Kampung Kuala Tasik, Kampung Teluk,  Kampung Manggis,  Kampung Tok Subuh, Kampung Bukit Kecil di Bukit Mertajam,  Kampung Seri Kijang, Kampung Mengkuang Titi,  Kampung Juru,  Kampung Kota Aur, Kampung Pinang Tunggal,  Kubang Menerong,  Kampung Ara Kuda, Kampung Tasek,  Kampung Besar (SPS),  Kampung Sungai Acheh,  Kampung Sungai Gelugur,  Kampung Surau, dan Kampung Masjid Timah. 
Kerajaan Negeri akan mengekalkan dan menaik taraf kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam kampung-kampung tradisional dari masa ke semasa.  Selain itu usaha-usaha dan program-program menaik taraf jalan,  pengindahan dan lanskap perlu mengekalkan ciri-ciri tradisi dan budaya setempat kampung dan perlu dilaksanakan secara berterusan di kawasan-kawasan perkampungan ini.

Status tapak Masjid Timah Lot 559, Mk. 6, Seberang Perai Tengah.

Keputusan: 
1. Mesyuarat memutuskan menerima tanah yang diwakafkan oleh pihak waris hanyalah tapak masjid asal berukuran 95x75 kaki persegi dan bukan keseluruhannya.
2. Mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan beban tanggungjawab kepada MAINPP bagi membayar semula pampasan kepada waris tanah tersebt atas kesilapan memindah milik keseluruhan Lot 559 iaitu tapak Masjid Timah atas nama MAINPP dan bersetuju bagi sebahagian tanah tersebut untuk dijadikan tanah perkuburan Islam bagi qaryah Masjid Timah.
3. Perkara ini adalah berhubungkait dengan status tanah Lot 25, Mk. 1. SPT (tanah perkuburan lama Masjid Timah) iaitu belum dapat dilaksanakan.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri:

Isnin, 31 Mei 2010

Jawatan Kosong

SELAMAT DATANG KE RUANGAN KOMUNITI ANDA "HANYA UNTUK ANDA"



 Jawatan Kosong

Kepada pencari pekerjaan.

Jawatan kosong untuk operator pengeluaran di

Armstrong Auto Parts Sdn Bhd (Perai)

Basic:   RM550.00 ~ RM600.00
Insentif: RM110.00

Mempunyai lesen memandu yang sah.
Kelulusan sekurang-kurangnya SRP/PMR.
Temududa terbuka di Pejabat Armstrong Auto Parts Sdn Bhd.Cawangan Perai.

Keterangan Lanjut Dan Walk In Interview sila hubungi:-

  En. Zalizan / Pn Anna :  04 3908544

Kekosongan Adalah Terhad

Ahad, 30 Mei 2010

Hubungi Kami




Alamat:-

JKKK Kawasan Jalan Baru Perai,
D/A 589 Kg Belah Dua,
13500 Permatang Pauh,
Seberang Perai Tengah,
Pulau Pinang



No Tel:-

012 535 7455


Email:-

jkkkjalanbaru@yahoo.com

Aduan Dan Cadangan Anda

SELAMAT DATANG KE RUANGAN KOMUNITI ANDA "HANYA UNTUK ANDA"


Nyatakan Sebarang Aduan Mahupun Komen Anda Disini,
Setiap Aduan Dan Cadangan Anda Amatlah Dihargai













Aduan

















Terima Kasih Diatas Kerjasama Anda

Sabtu, 29 Mei 2010

VISI


VISI

* Mengerak dan membangunkan masyarakat seiring keperluan
semasa dari pelbagai aspek.

* Melahirkan masyarakat yang berwibawa dan komited menjunjung asas nilai
muni berlandaskan Al - Quran Dan hadis

* Menerap nilai perpaduan yang kukuh dikalangan masyarakat




OBJEKTIF

* Menawarkan perkhidmatan terbaik dengan pentadbiran yang lebih efisien,adil,telus

* Meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat

* Mensasarkan 0% didalam kemiskinan tegar

* Mewujudkan peluang - peluang berasaskan ekonomi, pendidikan

* Melahirkan masyarakat berilmu serta berpegetahuan mengenai IT

* Mendidik masyarakat setempat berlandaskan Agama Islam

* Meningkatkan taraf kesihatan melalui kesedaran dan pendidikan kesihatan

* Membangunkan semula Kg Masjid Timah dari pelbagai aspek

* Menyediakan kemudahan asas serta awam untuk kegunaan bersama

* Mewujudkan ruang maklumat tanpa had, tanpa sepadan

* Membela golongan terpinggir

* Menaik taraf kemudahan sedia ada

* Menumpukan pembangunan sosial,budaya serta rohani

Ruangan Komuniti Anda

SELAMAT DATANG KE RUANGAN KOMUNITI ANDA

"HANYA UNTUK ANDA"